Template by:
Free Blog Templates

14 August 2014

IDR


Media di Perak diseru tampil dengan lebih serious membantu menteri besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memajukan Perak.

 







Tugas media bukan sahaja membuat laporan tetapi  juga bertanggungjawab membantu kerajaan negeri mencapai kemajuan berdasarkan tulisan mereka.

Mereka juga boleh memberi pandangan dan teguran yang membina.

Demikian tegas penaung kelab sukan dan kebajikan media Perak, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar di majlis jamuan MOH NGETEH anjuran institut Darul Ridzuan (IDR) di Ipoh.

Ketua exekutif IDR, Dr Mazlan Kamis dan lebih 50 orang wakil media termasuk akhbar sinar hadir di majlis suakenal itu yang pertama kali diadakan.








Dr Raja Ahmad Zainuddin yang juga bekas wakil rakyat menambah menteri besar tidak memiliki lampu aladdin untuk membangun dan memajukan Perak tanpa sokongan semua pihak termasuk media.

Beliau menyokong idea Dr Zambry untuk menjadikan Pangkor sebagai pelabuhan bebas cukai dan mengajak media untuk sama-sama membantu dalam laporan yang lebih positif.

0 comments: