Template by:
Free Blog Templates

27 April 2014

UMNO

Umno akan menjadi tidak kuat seperti parti kuat seperti Golkar(Indonesia) jika kepentingan ahli tidak diutamakan.

UMNO dan Barisan Nasional (BN) pernah dihukum dan hilang majoriti dua pertiga pada piliihanraya umum (PRU) ke 12.

Yang sudah diberi kuasa harus  menjalankan tanggungjawab menjaga parti dan ahli.

 
 
 
Demikian tegas ketua UMNO cawangan Tebing Tinggi, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap di mesyuarat Agong cawangan petang tadi.

 
Katanya pemimpin yang telah diberikan kepercayaan janganlah bermain sandiwara.

Terdahulu ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Hasbullah Elias mencadangkan nama Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin di dua projek iaitu padang bolasepak rumput tiruan dan taman perumahan kos rendah di Kubu Gajah.
 








 
Ini bagi mengenangkan jasa beliau selama ini yang membawa projek pertama padang tersebut bernilai rm 1.5 juta ke Perak.

Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah naib ketua pergerakan wanita UMNO bahagian, Zainab Awang.

0 comments: