Pertubuhan peladang kawasan (PPK)
Batu Kurau meluluskan pembayaran dividen 15 peratus tahun ini, tambahan 3
peratus daripada tahun lalu.
PPK memperolehi keuntungan agak
baik tahun lalu hasil perniagaan utamanya stesen minyak dan kedai rakyat 1 Malaysia
(KR1M).
Tahun lalu PPK memperolehi
keuntungan kasar rm 443,448.24 berbanding rm 379,955.00 tahun sebelumnya.
Pekara itu dinyatalan
pengerusinya, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar selepas
mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarah PPK Batu Kurau, hari ini.
Katanya, peladang berharap untuk
memajukan tanah seluas 100 ekar di bukit cop di Ijok dengan kelapa sawit.
Kemudian dalam perjumpaan dengan
22 ketua unit, beliau berkata mesyuarat agung akan bermula 17 feb. Ini dan
berakhir awal mac.
Mesyuarat agung PPK pula dijangka
pada 8 mei. Pada 6 dan 7 mei dirancang hari peladang.
Beliau
berkata PPK akan menganjurkan kursus ternakan pada 18 feb. Ini bagi meningkat
pengetahuan ahli.
0 comments:
Post a Comment