16 June 2013
Taklimat
Pengerusi badan perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini menyatakan penghargaan kepada ketua-ketua umno bahagian yang tidak dipilih menjadi calon pada pilihanraya umum (PRY) 13 tetapi berkerja keras bagi mempasti kejayaan Barisan Nasional (BN) di Perak khususnya.
Beliau terharu kerana tidak ada dikalangan mereka yang merajuk, sebaliknya tampil dan turun ke bawah.
Dr Zambry berkata demikian ketika berucap di majlis taklimat UMNO yang dihadiri lebih 5,000 di Kuala Kangsar.
Beliau yang juga menteri besar Perak menyeru agar jasa-jasa ketua-ketua bahagian berkenaan tidak dilupakan.
Dr Zambry juga menegaskan contoh yang ditunjukan ketua-ketua bahagian di Perak itu adalah juga contoh terbaik dan menjadi sejarah.
Beliau juga berharap kerjasama erat pemimpin dan ahli UMNO yang ditunjukan pada PRU juga pada pemilihan parti tidak lama lagi.
Mantan menteri besar Perak, Tan Sri Mohd Tajol Rosli Ghazali yang juga pengerusi jawatankuasa pemilihan pusat dan setiausaha kerja UMNO Malaysia, Datuk Abdul Raof diantara yang hadir di dewan Jublee.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment