Template by:
Free Blog Templates

29 June 2011

Peladang untung













Nilai urus niaga pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau tahun lalu berjumlah RM 13,370.756.

Ia berbanding RM 10,999.454 pada tahub 2009 iaitu penungkatan RM 2,373.305 atau 121.6 peratus.

Saya berkta demikian ketika berucap di majlis perasmian mesyuarat Agung PPK Batu Kurau oleh Timbalan Menteri, KDNHPK, Datuk Tan Lian Hoe, pagi tadi.

Lebih pendapatan tahun lalu setelah ditolak kos-kos pentadbiran dan sebagainya sebanyak RM 344,274 berbanding tahun 2009 sebanyak RM 209,595 iaitu peningkatan RM 53,679 atau 118.5 peratus.

Saya selaku pengerusi PPK Batu Kurau berkata hingga kini terdapat 2,897 ahli dengan seramai 915 wanita.

Jumalah pula ialah RM 476,490 iaitu purata RM 164.47 seorang dan bagi dividen pula ialah 12 peratus berbanding tahun 2009.

Mengenai perbelanjaan tabung kebajikan ahli pula bagi tahun lalu seramai 2,325 orang penerimanya.

Mengenai usahawan peladang pula, pada masa ini terdapat seramai 16 orang ahli yang terlibat dengan tanaman, 5 orang IKS dan 9 orang dalam bidang ternakan.

Datuk Tan pula dalam ucapanya mengingatkan supaya orang ramai jangan teragak membuat laporan keatas mereka yang mengambil kesempatan menaikan harga barang.

Beliau juga mengiatkan agar rakyat jangan terpedaya dengan pihak-pihak yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan melalui iklan yang tak sama dengan barang yang dijual.

Katanya krisis barangan bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi merupakan masalah global.

Justeru, rakyat harus menolak demostrasi yang hanya akan menimbulkan huru-hara.

5 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Bukan peladang Batu Kurau sahaja yang untung tapi saya lebih untung jika penternak lembu memagar lembu mereka di Kubu Gajah dan FELDA. Di FELDA ada dua TUAN lembu yang merosakkan kebun kelapa sawit dan kebun nenas saya. Di Kubu Gajah ada dua TUAN lembu merosakkan tanaman pisang dan anak nangka saya.

Bayangkan jika 4 ekar nenas tidak dimakan kera dan lembu dan 1 ekar tanah tanaman pisang dan nangka madu tidak dimakan kera dan lembu sudah tentu pendapatan saya melebihi mereka yang ada di Batu Kurau.

Bilakah kerajaan Barisan hendak menangkap lembu2 ini dan letakkan lembu2 ini di satu tempat jika lembu2 ini tidak berpagar.

Tuan lembu orang India senang dengar cakap, tapi orang Melayu bela lembu tempat kita agak degil sedikit. Mereka sahaja yang mahu untung. Orang lain macam saya biarkan jadi miskin.

Ketua kampung pun tak boleh buat apa2.

Saya pun hairan mangkin banyak lembu Kubu Gajah. Encik Rosli tiap2 malam sembahyang di Lembah Keluang tapi lembunya antar 12 hingga 5 pagi masuk tanah orang merosakkan semuanya.

Sekian untuk pengetahuan YMDS

Anonymous said...

YMDS,

MB kita hendak mengatasi isu tanah.
Saya harap beliau dapat mengatasi tanah terendam, tidak berkuasa, tidak pecah bahagian dan tanah yang tidak dapat dimajukan disebabkan haiwan perosak.

Isu tanah paya dan tanah yang tidak boleh dimajukan disebabkan haiwan perosak sepatutnya sudah lama dapat diatasi tapi hingga sekarang belum lagi dapat diatasi.

Pilihanraya sudah hampir tiba tapi tanah terbiar masih begitu juga di Jajahan Selama.

Sebagai contoh kalau YMDS ternak ikan talapia atau keli di belakang tanah YMDS pun sudah mencukupi untuk mengatasi tanah terbiar. Ramai wakil rakyat kita yang dulu2 jual tanah mereka kerana tanah mereka terbiar.

Kesimpulannya kita mesti turun padang dengan melihat secara terus jangan mendengar sahaja dari pihak kedua dan ketiga. Kalau kita asyik dengar tanpa melihat sebenarnya mungkin sasaran pembangunan untuk mengatasi kemiskinan tidak berjaya.

Sebagai contoh kalau YMDS tanya saya, sudah tentu saya katakan kaum kerabat saya yang miskin. Tapi kalau YMDS turun padang, lihat sendiri, mungkin ada ramai yang lebih miskin daripada saya.

Saya tidak berapa setuju turun padang dengan bertanya AJK sahaja tanpa YMDS lihat betul2 siapa yang miskin.

Saya lihat masih ramai yang hanya berbasikal ke pekan untuk membeli belah/menoreh getah. Tapi saya takut yang mermotor sikal yang dapat bantuan kerajaan.

Begitu juga yang sakit. Anak2 mereka semuanya tak susah jika dibandingkan dengan sesetengah kita atau YMDS sendiri semasa zaman awal 60an. Kedudukan mereka lebih baik daripada kedudukan kita di zaman awal 60an.

Saya memohon YMDS turun padang dengan membuka mata dan mendengar terus daripada mereka yang miskin. Kalau tidak semuanya mengaku miskin.

Terima kasih.

Anonymous said...

projek durian di bukit ijok dan projek bela lembu di gudang untung berapa?

Berita harian pada 25 nov 2005 mengeluarkan berita mengatakan bahawa peladang Batu Kurau akan menternak lembu daging pada tahun 2006 di atas tanah seluas 0.8 hectar di kampung Gudang.

Manakala Peladang Batu Kurau juga melaksanakan projek lain iaitu ladang durian seluas kira-kira 85 hektar di Bukit Cop Ijuk yang ditanam beberapa tahun lalu dan kini hampir mengeluarkan hasil.

Bagi projek terbaru pula ialah ladang sawit secara komersial.
berapa untungnya mahu juga di ketahui

Anonymous said...

YMDS,

Kita mesti anti demonstrasi.

Tapi kita juga mesti tahu sebab mereka berdemonstrasi.

Sebagai contoh, bank rakyat berikan saham tambahan 1K kepada yang tidak memohon saham tambahan kali ini.

Sepatutnya sekurang2nya jadikan saham mereka 1K (bukan tambah 1K) atau 5K jika kita lihat mereka ada potensi untuk dilantik jadi pengarah. Itu pun mestilah diberikan kepada yang memohon dan ada qulification/pengelaman.

Mereka yang hendak berdemonstrasi ialah jika bankrakyat memberi saham tamabahan begitu banyak kepada jerung2 dan sedikit sahaja kepada ikan bilis.

Memadailah jerung mendapat 5000 seorang dan ikan bilis seribu seorang (tambahan 500).

Maklumat tentang pendapatan pemohon ada disertakan dalam borang. Ramai mereka memohon banyak kerana hendak pinjam bank/saudara mara, bukan kerana ada wang seperti tertulis dalam borang.

Kalu kita beritahu pemimpin politik kita, mereka asyik berpolitik sahaja dan tidak tahu menahu kenapa LIBYA/DLL berdemonstrasi.

Kalau kroni sahaja yang bertambah kaya ( eg. dapat saham lebih) sudah tentu rakyat akan berdemonstrasi. Salah satu sebab kenapa Timor Tengah/Thailand berdemonstrasi

Sekian dari saya yang anti-demonstrasi.

Anonymous said...

YMDS,

Bila Baling berdemonstrasi Selama juga ikut jejak mereka.

Sebab mereka berdemonstrasi ialah kerana Baling ialah daerah yang paling miskin di Kedah dan Selama di Perak.

Kita hendahlah bertanya kenapa rakyat berdemonstrasi.

Sebab itu saya syorkan biarlah Majlis Perbandaran membangunkan Ipoh dan Alor Star. Kerajaan hendaklah membangunkan Selama dan Baling.

Kalau tidak membangun lantiklah Datuk Bandar yang dinamik dan kreatif yang baru.