Template by:
Free Blog Templates

4 December 2010

Titi gantung roboh













Bahaya. Saya melihat sendiri keadaan tebing sungai di projek Titi Gantung Batu 20 dan berharap JPS akan bertindak segera bagi menggelakan sebarang kejadian yang tidak diinggi berlaku.

Dalam tinjuan itu, saya dapati tebing sungai yang terhakis dan bahaya untuk digunakan oleh penduduk di situ, terutama dalam keadaan cuaca buruk sejak akhir-akhir ini yang sering hujan turun dengan lebat.

Saya bimbang jika mereka yang bermotosikal menggunakan titi gantung itu sebarang kemungkinan boleh berlaku, kerana sudah berlaku lubang yang besar di bawahnya.

Ketua Kampung Batu 20, Haji Mat Isa Harun turut bimbang dan menyatakan bahawa beliau telah memaklumkan perkara itu kepada JPS.

Sebelum itu, Saya sempat bertemu dengan JKKK Batu 20 yang sedang bermesyuarat di Dewan Orangramai di situ.

Saya juga ke Simpang 3, Gundang untuk melihat keadaan tebing sungai yang semakin terhakis tidak beberapa meter sahaja daripada gerai minum, Halijah binti Bahari, 59 tahun.

Saya juga berharap JPS akan bertindak segera memjojoi sungai itu kerana ia mengancam keselamatan penduduk, jika berlaku banjir pada bila-bila masa.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Selain daripada kerja2 membaiki titi gantung, parit, sungai boleh tidak YMDS cadangakan projek seperti yang hendak YMDS bangunkan di Batu Gajah di kawasan ADUN Kubu Gajah atau pun di bandar Lake Town.

Saya lihat di dewan Parlimen dahulu YMDS lebih kuat bersuara daripada YB Fong Po Kuan ahli Parlimen DAP Batu Gajah.

Tapi apabila tentang pembangunan beliau dapat 700 juta ringgit. YMDS hanya dapat kerja baikpulih. Sejak Datuk Haji Hussein kita asyik baikpulih surau dan naik taraf jalan kampung. Kali ini kita hanya dapat untuk baik puluh titi gantung, sedekah orang miskin, menurap jalan kampung dll.

Tapi DAP dapat projek besar (mega). Manakala UMNO dapat projek MEMBAIKI/MEMBAIKPULIH SAHAJA. Saya lihat bandar DAP lebih mewah daripada bandar Barisan.

Apa ilmu yang dipakai ahli parlimen Batu Gajah? Saya pun tak tahu. Saya rasa Puan Fong orang yang paling barjaya di Perak. Yang aibnya yang meluluskan projek tersebut ialah ahli UMNO yang tempatnya tempat jin bertendang.

Saya takut orang Kubu Gajah akan mula memangkah DAP atau pun PAS masa hadapan.

Greater or Metropolitan IPOH iaitu kawasan DAP akan dibesarkan dari Jelapang hingga ke Simpang Pulai. Memang untunglah DAP nampaknya.

Dulu pernah anak murid saya suruh saya balik hutan. Mungkin murid tersebut sudah nampak orang macam saya ni layak hanya ditempatkan di hutan.

Perkara ini memang benar. Saya sanggup bersupah tentang dia suruh saya balik hutan.

Terima kasih YMDS.