Template by:
Free Blog Templates

26 January 2010

Ramai Merungut Permohonan diTolak





Masih ramai yang mengadu tidak dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekalipun telah berkali-kali mengemukakan permohonan.

Seorang Ibu Tunggal merayu agar anak beliau yang sedang sakit mendapat bantuan kos perubatan. Saya sendiri telah melawat beberapa orang penduduk di DUN Kubu Gajah yang jatuh sakit, terutama warga emas, tetapi tidak mendapat sebarang bantuan daripada Jabatan berkenaan.

Saya telah meminta Ketua-Ketua Kampung menyediakan senarai mereka yang telah memohon bantuan, tetapi gagal untuk tindakan selanjutnya.

Jika perlu Saya sendiri akan menemui Menteri berkenaan, Datuk Seri Sharizat Jalil untuk mohon pertimbangan dan tindakan beliau selanjutnya.

Bersama Ketua Kampung Sungai Jernih, Jamaluddin Mat Isa, Saya melawat seorang pesakit di Kampung tersebut.

Seperti biasa Saya akan singgah di mana-mana Kedai Kopi untuk bertemu dengan penduduk sekiranya mereka ada sebarang masalah yang ingin dibangkitkan.

4 comments:

tabuan said...

akam dato...
Kasiahan kepada mereka yang memerlukan...

Tetapi apakah kita hanya boleh mengharapkan kepada jabatan kebajikan masyarakat?

Tiada badan lain kah yang boleh sama-sama turut membantu?

Tiada cadangan kah untuk mewujudkan badan kebajikan Larut?

saya lontarkan persoalan ini kerana saya lihat kita seperti ada jalan lain untuk keluar dari masalah ini tanpa mengharapkan JKM. lagi pon JKM nak jaga satu Malaysia.

Bagimanakah baitulmal?

Banyak duit zakat yang kami umat islam bayar, bukan sahaja zakat fitrah, tapi zakat pendapatan dan sebagai nya.Kalau tak silap 1 year hampir 700 juta.

Kemanakah duit tersebut pergi?

Apa yang saya lihat sangat ramai orang islam yg memerlukan bantuan,Tetapi kurang nampak duit zakat ini di salurkan...

Yang nampak tukang kutip zakat bermesyuarat di hotel-hotel besar, berseminar di golf club, menukar kereta besar...

Saya mencadangkan satu badan kebajikan larut di wujudkan. Dana nya boleh didapati daripada :

1. peniaga-peniga kedai seluruh larut mesti sumbang sebulan rm 10.

2. Daripada kontraktor-kontraktor yang mendapat projek dalam kawasan larut.5% daripada kos projek

3. Daripada tawkey-tawkey balak yang mendapat balak daripada kawasan larut.

4.daripada penganugerahan tanah oleh kerajaan negeri kepada badan ini, dan tanah ini maybe 100 ekar untuk di tanam sawit dan hasil nya untuk badan kebajikan tersebut..

hafiz said...

kepada tabuan

anda rujuklah syarat2 JKM..
mmg bukan semua dapat..
ada requirement tertentu yang patut kita ikut..

ramai orang Larut dapat bantuan JKM..JKM bukan untuk orang susah saja..untuk anak2 istimewa,anak2 yatim,rumah2 kebajikan,ibu2 tunggal dan sebagainya..


saudara tabuan harus hidup di alam realiti sedikit..didunia ini kita ada kekurangan..700juta itu tak seberapa sangat..benda ini bukan nampak melalui duit ringgit,

bil2 air & electric kat surau,masjid elaun2 imam, bilal & siak,rumah2 untuk warga susah (banyak dah buat kat larut) harap tabuan balik check tgok.

yang terlepas pandang ini kerja2 ketua kampung kena bagi tahu..
kadang2 kita lupa kita nampak orang itu daif, tapi dia kuat,boleh bekerja..takkan dapat bantuan JKM pulak kot?anak2 kaya2, gaji ribu2, takkan JKM kena tanggung jugak kot..

tak puas hati pi la pejabat JKM terus..
wallahualam

Pemuda Kpg Paya

Anonymous said...

satu lagi tabuan..
harap jgnla fitnah amil2 zakat nih
tukar2 kereta..

bagi bukti kalau ada

saya kenal ramai amil2..
kebanyakan dah berumur,
yang muda pun dari pusat2 zakat..

tulisan tu ingat2 allah sama

pemuda kpg paya

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas pandangan, sebenarnya semua pihak memberi bantuan sekadar yang mampu, tetapi jkm adalah agensi yang diberikan tanggung jawab untuk tujuan membantu mereka yang memerlukan bantuan.