Template by:
Free Blog Templates

25 April 2009

Sah Hasbullah SETPOL TPM

Sah, Datuk Hasbullah Osman, dilantik menjadi Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri dan akan memulakan tugas barunya itu di Puterajaya Selasa ini.

Beliau mengesahkan perlantikan tersebut semalam semasa ditemui di majlis perjumpaan mengenai aspek perundangan Negeri Perak yang disampaikan oleh beberapa orang panel peguam yang diketuai oleh Peguam kanan, Datuk Shafie Abdullah.

Hasbullah yang juga Setiausaha Kerja UMNO Negeri Perak telah menemui Tan Sri Mahyuiddin Yassin semalam. Beliau adalah juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gerik dan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Temenggor, pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Tan Sri Ghazali.

Perlantikan Hasbullah telah disambut baik ramai pihak. Sebelum ini beberapa tokoh daripada Perak yang pernah menduduki jawatan Setiausaha Politik Perdana Menteri ialah Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub dan Datuk Seri Aziz Shamsuddin, kedua-duanya adalah juga bekas Menteri Kabinet dan Datuk Dr Abdul Malek Hanafiah, bekas Anggota ECXO Kerajaan Negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir yang dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang baru dijangka mengumumkan pengganti Hasbullah semasa perlantikan Penyandang jawatan-jawatan Badan Perhubungan UMNO Negeri tidak lama lagi.

Tahniah Hasbullah dan selamat bertugas.

0 comments: