Template by:
Free Blog Templates

2 November 2013

Rumah

Sebanyak 2,000 buah rumah kos sederhana di Langkap atas tanah milik syarikat MajuPerak Berhad.

Majuperak memperolehi kawasan seluas 200 ekar di langkap bagi projek perumahan dan jika kesemua 2,000 buah itu siap dibina ia melibatkan kos sekitar rm 300 juta.







Pekara itu dinyatakan pengerusi MajuPerak, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika melancarkan dua buah rumah contoh tiga bilik di Langkap yang berharga rm 148,000 hari ini.

Sebanyak 60 unit dibina di taman Lagenda di desa MajuPerak yang dijangka siap sepenuhnya tahun depan.















Majuperak akan melaksanakan beberapa lagi projek pembangunan tanah di kawasan yang telah dimiliki.

Lawasan seluas 500 ekar di Batu Gajah juga akan dimajukan termasuk pembinaan villa.

30 October 2013

Peladang



Prestasi pertubuhan peladang (PPK) kawasan Batu Kurau diharap dapat dipertingkatkan berikutan pengurusan baru.

 





Pekara ini dinyatakan pengerusinya Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar selepas menerima perlantikan pengurus besar yang baru PPK Batu Kurau, encik Ahmad Che Rose hari ini.

 

Ahmad,50 tahun menggantikan Haji Sabri Zainol yang bersara wajib pada 31 julai yang lalu.

Ahmad yang berasal dari daerah Kerian sebelum ini pernah menjadi pengurus besar PPK Gopeng dan Sabak Bernam.

Di mesyuarat lembaga pengarah PPK tadi, mereka juga menerima lebih 30 ahli baru.







 





PPK merancang lawatan  sambil belajar ke krabi di selatan Thailand tidak lama lagi.

Di mesyuarat tadi juga Dr Raja Ahmad Zainuddin menerima ucapan tahniah diatas penerimaan ijazah kehormat doctor of humanities daripada world academy of arts and culture (WAAC).

24 October 2013

Ijazah


Bekas Ahli Parlimen Larut,Datuk Seri Raja Ahmad Zaiunuddin bin Raja Haji Omar, semalam menerima Ijazah Kehormat Doctor of Humanities daripada World Academy of Arts and Culture (WAAC).

Ijazah tersebut disampaikan oleh Presiden WAAC, Dr Maurus Young sambil disaksikan oleh Datuk Bandar Ipoh, Datuk Haji Roshidi bin Hashim dan Pengarah Yayasan Karyawan Perak, Dr Malim Ghazali Rashid di sebuah hotel di Ipoh.

WAAC difahamkan adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang diasaskan lebih 40 tahun yang lalu dan setakat ini baru lebih 300 orang penerima ijazah kehormat itu termasuk dalam Doctor of Literary.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin amat berterima kasih dan bersyukur dengan penghargaan yang diberikan oleh WAAC diatas pembabitannya dalam aktiviti kemanusian dan kemasyarakatan termasuk sukan dan belia.

Beliau terlibat sebagai Wakil Rakyar selama lima penggal dan memegang pelbagai jawatan termasuk selaku Timbalan Setiausaha Agung Gerakan 4B Malaysia, Pengerusi 4B Negeri, Perkim dan Peladang.

Ketika menjadi Ahli Parlimen, beliau bukan sahaja dilantik mengetuai Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC), tetapi bergerak aktif dalam Persatuan Parlimen Antarabangsa (IPU) dan Persatuan Parlimen Peringkat Komanwel, Malaysia (PCA).


































Dalam Sukan, beliau merupakan bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Timbalan Presiden Persatusan Bola Sepak Perak (PAFA).

Beliau juga terlibat dalam kegiatan RELA hingga dilantik sebagai Brig-Jeneral (Kehormat).

Beliau kini juga masih memegang beberapa jawatan dalam NGO termasuk Komuniti 1 Malaysia, Kebudayaan dan Sukan Parlimen Larut.

Majlis penyampaian Ijazah itu berlangsung sempena dengan Kongres Puisi sedunia yang dihadiri lebih 30 Negara di Ipoh.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir juga merupakan penerima tunggal bintang dan anugerah tertinggi WAAC.

Para peserta Puisi juga diraikan di majlis jamuan makan malam di sebuah Pusat Pelancongan terkenal di Tambun.