Template by:
Free Blog Templates

26 February 2013

Siam




Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berharap pejabat tanah daerah mempercepatkan proses mengeluarkan geran.





Ini kerana masih ramai yang menunggu begitu lama bagi mendapatkan hakmilik hinggakan ada yang sudah mati.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan penduduk-penduduk siam sungai Nangka dan sungai Manik, Batu 20 tengahari tadi.

Mereka menyampaikan senarai permohonan tanah yang menurut mereka sudah mendapat borang 5A, tetapi hingga sekarang masih menunggu keputusan.









Terlalu lama, dakwa Chow Weng Kwai yang mengetuai mereka seramai 61 orang terdiri dari penduduk melayu,siam, cina dan india.

Penghulu mukim Batu Kurau, Baharuddin Ramli dan ketua kampung Batu 20, Haji Mat Isa Harun turut hadir sambil makan tengahari di restoran milik seorang ketua cawangan.

Komputer





Pergerakan pemuda umno bahagian larut hari ini menerima sebuah komputer untuk kegunaan menghadapi pilihanraya umum (PRU) yang akan datang.

 










Komputer meja itu disampaikan ketua UMNO bahagian, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar kepada ketua pemudanya, Mohd Annuar Ariffin di pejabat UMNO Batu Kurau.

Lawat sakit




-->
Warga emas, Zulkernain Bin Nasib di kampung mesjid, Ijok, terharu dengan kunjungan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar, hari ini.

 


Zulkernain, 70 tahun yang tinggal bersama isteri, Kamariah Binti Sudir juga bersyukur bila diberitahu, jabatan kebajikan masyarakat (JKM) telah meluluskan bantuan bulanan rm 300.

 
Bantuan saraan itu yang akan bermula bulan depan akan menggurangkan bebanan beliau yang uzur tidak boleh berjalan sejak beberapa  tahun yang lalu.







Turut hadir ketua kampung mesjid, Nor Azman Mokhtar dan ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK).

Sekolah agama


Kerajaan (BN) sentiasa memberikan perhatian menaik taraf sekolah-sekolah agama agar pendidikan agama terus dikembangkan.

 







Justeru, mana-mana bangunan sekolah agama yang kekurangan kemudahan akan dipertingkatkan.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian selepas melawat sekolah tadika agama kampung Mesjid, Ijok pagi tadi.

Beliau turut mengumunkan peruntukan rm 30,000 bagi menaikan taraf sekolah tersebut.

Sekolah tersebut kini mempunyai seorang guru dan sekitar 15 murid.












Pengerusi sekolah, Shaari Wahab yang turut hadir gembira dengan pengumuman itu  dan berharap ramai lagi anak-anak penduduk datang belajar.

BR1M


Orangramai tidak mudah terpengaruh dengan pandangan negatif terhadap bantuan rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebaliknya mereka terus menyambut baik.

 






Mereka terus datang berpusu-pusu untuk menerima BR1M termasuk yang belum dapat juga asyik bertanya bila giliran mereka.

Rakyat ada yang tersingung dengan teguran negatif keatas penerima BR1M.

Demikian tegas ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan pemberian BR1M di Batu 20, pagi tadi.

Penghulu Mukim Batu Kurau, Baharuddin Ramli dan ketua kampung Batu 20 diantara yang hadir di dewan orangramai.

Beliau menambah, sudah menjadi lumrah manusia sering cemburu perkara yang mendatangkan kebaikan kepada mereka yang ditambah pula BR1M itu mampu meningkatkan populariti Barisan Nasinal (BN).















Rakyat amat berterima kasih kepada perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang mencetus idea pemberian BR1M.

24 February 2013

4 X 4 penutup




Perlumbaan 4x4 road to Kubu Gajah musim 2013 telah berjaya menarik lebih 15,000 dalam tempoh dua hari ia diadakan.








Angka itu semakin meningkat jika dibandingkan dengan empat musim yang lalu purata sekitar 10,000 penonton.

Perlumbaan 4x4 road to Kubu Gajah ini adalah diantara yang terbaik dan paling ramai penonton dan yang pertama dianjurkan dalam kawasan felda.

Pekara ini dinyatakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap menutup dan penyampaian hadiah perlumbaan 4x4 road to Kubu Gajah tahun 2013 di felda, Ijok, petang tadi.

Katanya, diantara sebab peningkatan penonton yang bertambah adalah disebab acara baru freestyle cubcross.

Tambah beliau lagi, 4x4 road to Kubu Gajah juga semakin popular kerana penganjurannya yang begitu baik selain promosi yang dijalankan.

Yang hebatnya lagi 4x4 road to Kubu Gajah telah diiktiraf kerajaan Perak.

Beliau bercadang menganjurkan perlumbaan cub prix di litar felda, Ijok untuk menarik perhatian remaja.
































Pemenang kategori buggy, tempat ke3 Vincent Kho, naib juara Tarmizi Kasa, juara Mohd Suhaimi b Mat Nor.

Kategori lightcore tempat ke3 Azman Awang, naib juara Muhd Soleh, juara Mohd Nasiruddin b Mustafa

 Kategori SS1 ke3 Tarmizi Kasa, naib juara Vincent Kho, juara Mohd Suhaimi b Mat Nor.

Kategori SS2 ke3 Wan Mohd Izani, naib juara Mohd Suhaimi b Mat Nor, juara Vincent Kho.

Kategori SS3 ke3 Wan Mohd Izani, naib juara Vincent Kho, juara Mohd Amir Ikhwan.. kategori SS4 ke3 Tarmizi Kasa, naub juara Vincent Kho, juara Mohd Suhaimi b Mat Nor.

Kategori cubcross 2 stroke, ke3 Norizan, naib juara Mohd Khairul, juara Mohd Irwan.

Kategori cubcross 4 stroke, ke3 Mohd Nazrul, naib juara Mohd Zulaffirul, juara Aidil Adha.