Template by:
Free Blog Templates

29 January 2013

Gelong



Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar hari ini menyarankan orangramai tampil untuk sama-sama membina dan menjaga kebershan longkang.

 




Banjir boleh dielakan jika parit dan lngkang tidak tersumbat dengan sampah sarap.

Beliau meluangkan masa meninjau kerja-kerja mendalami parit jalan di kampung sungai Jernih di ulu Ijok, petang tadi.











Beliau turut mengumumkan beberapa buah gelung dan simen bagi membaiki jalan bukit.

Turut hadir ketua kampung sungai Jernih, Jamaluddin Mat Isa.

Peladang



Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau akan membelanjakan RM 200,000 bagi mengushakan tanaman pisang di kawasan seluas 30 ekar di Sempenih.






Ia adalah penglibatan pertama kali  PPK tersebut dalam tanaman pisang secara besar-besaran.

Demikian dinyatakan Pengerusi PPK Batu Kurau, Datuk Seri Raja Zainuddin bin Raja Haji Omar selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah pertubuhan tersebut, pagi tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undanagn Negeri (ADUN) Kubu Gajah menambah, tanaman pisang mempunyai pasaran tersendiri dan cuaca serta tanah di Negara ini amat sesuai dengan tanaman tersebut.

Beliau berharap tanaman pisang itu juga dapat menggalakan ahli-ahli peladang terlibat secara serious dalam bidang pertanian, sambil membantu meningkatkan lagi hasil pengeluaran Negara.










Negara tidak boleh bergantung terlalu banyak kepada mengimpot, sedangkan para peladang dan petani tempatan juga berkemampuan berbuat demikian.

Masalahnya, tidak ramai peladang dan petani tempatan yang bersedia bersaing dan menggekalkan produk yang berkualiti.

Sementara itu, beliau juga mengumumkan bahawa kesemua 12 orang pekerja PPK menerima gali minima RM 900 sebagaimana yang dikehendaki oleh Kerajaan.

Katanya, mulai 1 februari ini , sesyen mintak Shell usaha PPK Batu Kurau akan mengadakan cabutan bertuah sebagai galakan bagi mereka yang membeli minyak RM 30 keatas setiap hari.

28 January 2013

Pendidikan





Isu pembinaan asrama sekolah menengah kebangsaan Kubu Gajah yang dibangkitkan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar, semakin menjadi kenyataan.

Peruntukan lebih rm 10 juta telah diminta kepada kementerian untuk pembinaan bangunan asrama dan dewan makan serta kelengkapan lain.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin telah mencadangkan pembinaan asrama tersebut ketika menjadi ahli parlimen Larut lagi bagi menampung kekurangan pelajar dan masalah pengangkutan awam.

Beliau berkata demikian selepas berbincang dengan penolong pegawai pendidikan daerah (PPD) rendah, Mohd Radzi Ismail, pagi tadi di Taiping.

Beliau turut meminta kerjasama adun Kubu Gajah bagi mempercepatkan permohnan projek tersebut.




Tapak seluas ekar telahpun diperolehi bagi pembinaan asrama berkenaan.

Pembinaan sekolah menengah kebangsaan Selama juga dibincangkan.

Kos sekolah itu dianggarkan sekitar rm 28 juta dengan 24 bilik darjah.

Lawat





Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar hari ini meluangkan masa menziarah isteri Allahyarham Nik Abdullah Sidek Bin Nik Awang di rumahnya di kampung Mesjid, Ijok.

Hajjah rokiah binti Mat, 60 tahun kini tinggal bersama tiga orang anaknya selepas Allahyarham, Nik Sidek, 72 tahun meninggal dunia di ketika mengerjakan ibadah Haji di tanah suci baru-baru ini.

Nik Sidek atau juga dikenali pak Dak di sekitar Ijok merupakan seorang yang aktif dalam aktviti kemasyarakatan dan mudah mesra.








Turut hadir ketua UMNO cawangan kampung Mesjid, Aziz Jame, ketua kampung, Nor Azman Haji Mokhtar dan ahli majlis daerah Selama (MDS), Mohamed Bin Abdullah.

Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Berkelah



Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar, tengahari tadi meluangkan masa berkelah di rumah ketua puteri UMNO cawangan kampung Mesjid, Ijok, Zalela Binti Ghazali.

 



Beliau turut beramah mesra dengan penduduk-penduduk ketika berkunjung ke situ.

Belia turut mendengar masalah yang dibangkitkan mereka.

Nasalah bantuan kebajikan dan baiki rumah adalah diantara isu yang ditimbukan.












Turut hadir ketua UMNO camgangan kampung Mesjid, Aziz Jame dan bapa ketua puteri,Ghazali Bin Yakub,73  tahun.

Sumbangan



Jabatan kebajikan masyarakat (JKM) disaran agar mendapatkan senarai rakyat miskin yang memerlukan bantuan daripada ketua-ketua kampung.

 







Ia bertujuan bagi memudah dan mempercepatkan proses permohonan kerana ketua-ketua kampung yang lebih mengetahui keadaan anak-anak buah mereka.

Perkara itu  dinyatakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar selepas menyampaikan sumbangan dan berkelah di rumah bapa ketua puteri UMNO cawangan kampung Mesjid, Ijok.

Katanya cara itu membantu mempercepatkan lagi proses permohonan.
















 

Beliau menyampaikan kerusi roda kepada Salmiah Binti Daud,84 tahun yang uzur.

Penerima-penerima sumbangan yang lain ialah Chah Binti Arop, 90 tahun, Hamidah Yusop, 76 tahun, Rahmiah Binti Haji Daud, 72 tahun, Teh Noraini Binti Sulaiman,68 tahun, Zainah Binti Ahmad, 78 tahun, Minah Binti Md Asan, 90 tahun, Halimah Binti Abdullah,76 tahun, Hasnah Binti Md Arof, 77 tahun, Rahmah Binti Ismail, 85 tahun dan Salmiah Binti Ahmad, 90 tahun.

Katanya, di kawasan beliau masih ramai yang memerlukan bantua JKM, terutama ibu tunggal, walaupun ramai juga yang telah menerimanya.