Template by:
Free Blog Templates

3 April 2011

Belia



















Program untuk belia harus diperbanyakan kerana peranan mereka juga penting dalam mencapai perpaduan kaum.

Sehubungan dengan itu juga, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) harus melihat Persatuan-Persatuan Belia yang tidak mampu mejalankan aktiviti kerana masalah kewangan.

Janganlah ada Persatuan Belia yang wujud dan bergerak bermusim kerana tiada tunjuk ajar daripada pihak-pihak berkenaan.

Belia adalah sebahagian besar penduduk di Negara ini dan perhatian terhadap mereka juga harus diberikan keutamaan bagi menggelakkan mereka terbabit dengan kegiatan yang tidak bermoral.

Saya berkata demikian di majlais perasmian dan penyampaian hadiah Larian Belia Sihat peringkat Daerah Kecil Selama di padang Majlis Daerah di Kampung Mesjid, Ijok pagi tadi.

Saya juga menyarankan agar semua pengurusan padang dan gelanggang futsal yang dibina oleh KBS diserahkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) .

Lebih mudah ia diurus oleh JKKK kerana ia adalah badan yang dibentuk oleh Kerajaan di setiap Kampung.

Saya juga meminta agar KBS merancang progam dari masa ke semasa agar gelanggang yang dibina itu tidak tinggal kosong tanpa digunakan oleh remaja.

Masih Ada Yang Sayang












Penal Kesihatan yang dilantik oleh Kerajaaan di Pusat-Pusat Kesihatan dalam Parlimen Larut harus berfungsi sebagaimana yang dikehendaki.

Panel itu ditubuhkan adalah untuk mendekati Masyarakat dan memberi khdimat nasihat agar Orangramai memahami peranan dan tanggungjawab mereka membantu Kerajaan dalam menjaga kesihatan diri.

Saya berkata demikian di majlis peresmian program Masih Ada Yang Sayang 1 Malaysia anjuran Komuniti Bistari DUN Kubu Gajah di perkarangan Dewan Orangramai, pekan Kubu Gajah.

Turut hadir Ketua Kampung Kubu Gajah, Azemi Sabran dan Pemimpn Masyarakat tempatan serta Ketua-Ketua Jabatan.

Saya juga berkata bahawa Ahli Panel berkenaan boleh dirombak pada bila-bila masa jika ia didapati tidak mampu menjalankan peranan yang berkesan.

Mereka yang dilantik diharap tidak menggunakan kedudukan itu bagi kepentingan diri, sebaliknya menumpukan kepada mengadakan program mesra rakyat.

Saya berharap panel seumpama itu juga dapat diwujudkan di Kelinik Kesihatan yang ada bagi melebarkan lagi peranan masyarakat dalam konteks menjaga kesihatan.

2 April 2011

Rumah ibu tunggal di timpa ribut










Melawat rumah Warga Emas, Hasnah binti Din, 81 tahun yang juga Ibu Tunggal di Kampung Sungai Dendang yang ditimpa pokok akibat ribut, petang semalam.

Beliau yang tinggal sendirian bagaimanapun, bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kemalangan.

Saya telah meminta Ketua Kampung Sungai Dendang, Ismail bin Don mengadakan gotong royong membersih kawasan akibat pokok yang tumbang dan merosak sebahagian rumah Hasnah.

Saya akan meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membantu bagi menggurangkan bebanan yang ditanggung Hasnah.

Bantuan kemalangan






Menemui seorang penduduk, Abdul Razak bin Mohd Ali, 53 tahun yang berkerusi roda di Kampung Bukit Nering yang terlibat dalam satu kemalangan.

Beliau mengadu telah tidak menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak awal tahun.

Begitupun, pada masa yang sama beliau ada menerima bantuan daripada Baitulmal. Saya telah meminta Ketua Kampung, Musa Ibrahim menyiasat perkara itu.

1 April 2011

Bersama masyarakat






Dalam program turun ke padang di DUN Kubu Gajah, Saya turut juga menemu penduduk dari pelbagai kaum sambil bertanya khabar mengenai masalah mereka.

Mereka begitu gembira dengan program yang dilakukan itu sejajar dengan Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Warga emas







Melawat warga emas di Banggol Jerai, Kampung Mesjid, Ijok, Mohd Lazim bin Abdul Mutalib, 73 tahun kerana sakit tua.

Beliau tinggal bersama isteri, Rahmah binti Zainal Abidin, 59 tahun.

Saya, kemudian melawat Husein bin Nasir, 70 tahun yang juga uzur. Beliau bagaimanapun, merima bantuan jabatan kebajikan Msyarakat (JKM) sebanyak RM 200 sebulan.

Jambatan bahaya






Membahayakan, begitulah kesimpulan selepas melawat tanah runtuh di Jambatan masuk ke Kelian Gunung, di Ulu Ijok.

Saya telah meminta agar pihaka berkenaan segera memperbaiki keadaan di tepi jambatan tersebut yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Jambatan itu adalah perhubungan utama ke Kampung Kelian Gunung dan ia perlu diperbaiki segera bagi menggelakan sebarang kejadian yang tidak diginggi berlaku.

Turut sama dalam laatan itu ialah Ketua UMNO Cawangan Kelian Gunung, Zulkifli Mat Hussein dan Ketua Kampung, Jamaluddin Mat Isa.

Jalan jerlus




Melawat jalan jerlus di Kampung Tersusun Redang Panjang yang mendatangkan bahaya kepada Penduduk dan pengguna yang lain.

Kejadian itu barangkali berpunca daripada keadaan cuaca yang sering hujan sejak kebelakangan ini, namun tindakan segera wajar diambil bagi menggelakan berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Ketua Kampung Redang Panjang, Zainuddin Hamid.

Lawat orang sakit






Saya tidak menyangka menemui seorang Warga Emas, yang berusia 103 tahun di Kampung Tersusun, Redang Panjang.

Dalam lawatan tersebut, Saya sempat bertemu dengan Aishah binti Mat Hashim yang kebetulan adalah Nenek kepada Ketua Wanita Cawangan.

Saya juga melawat Ali bin Abdul Mutalib, 51 tahun yang sedang sakit buah pinggang dan tinggall bersama isteri Rasimah binti Saleh, 43 tahun dan tujuh orang anak termasuk tiga yang masih bersekolah.

Kemudian, Saya melawat Jamaliah binti Ariffn, 44 tahun yang juga sakit buah pingggang dan Warga Emas, Nazri bin Kechik, 85 tahun yang uzur di Redang Panjang.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Ketua Kampung, Hamid bin Zainuddin.