

Lebih 15,000 orang membanjiri Hari Terbuka FELCRA Berhad di yang diresmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Seberang Perak, petang tadi.
TPM juga melancarkan projek pecah tanah tapak perumahan generasi ke-2 FELCRA di atas tanah seluas 400 ekar, selain menyaksikan penyerahan geran melanjutkan pelajaran peringkat Diploma dan Ijazah Kolej TAR untuk anak-anak FELCRA.
Dalam ucapannya, Tan Sri Muhyiddin menyatakan perlaksanaan projek perumahan itu mengambarkan betapa perihatinnya Kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membela nasib rakyat.
Justeru, BN beliau yakin rakyat akan terus memberikan sokongan kepada Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana masih yakin dengan rekod khidmat cemerlangnya.
Sebelum itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zamberi Abdul Kadir dalam ucapannya berkata Kerajaan Negeri akan terus melaksanakan program membasmi kemiskinan termasuk program mesra rakyat.
Pengerusi FELCRA, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak dalam ucapan aluannya menyatakan rasa terima kasih dan penghargaan diatas keperhatinan Kerajaan Negeri pimpinan Dr Zambery dalam membantu mempercepatkan proses menyediakan tapak untuk program rumah generasi ke-2.
Katanya, rasa terima kasih yang tidak terhingga juga ditujumana kepada Mantan Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib yang banyak membawa perubahan di Seberang Perak yang sebelum itu merupakan kawasan berpaya dan hutan belantara.
Tan Sri Ramli yang juga bekas Ahli Parlimen Pasir Salak dan ADUN Kampung Gajah dan Ketua-Ketua UMNO Bahagian seluruh Perak turut hadir di majlis yang turut dimeriahkan oleh Artis terkenal, Jamal Abdilah.