Template by:
Free Blog Templates

27 June 2014

Peladang

Pengerusi pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar dipilih semula sebulat suara.









Bekas ahli parlimen Larut, ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah dan Batu Kurau itu dipilh di mesyuarat agung PPK Batu Kurau.

Dr Raja Ahmad Zainuddin adalah juga ahli lembaga pengarah pertubuhan peladang negeri (PPN) Perak.

Di majlis perasmian mesyuarat Agung, PPK Batu Kurau, Dr Raja Ahmad Zainuddin juga  menyerahkan sumbang zakat berjumlah rm 44,951 kepada bahagian baitulmal pejabat agama daerah Larut, Matang dan Selama.

Beliau mengumumkan PPK memperolehi keuntungan bersih tahun lalu hampir setengah juta ringgit, iaitu meningkat 17 peratus daripada tahun 2012.

Katanya, PPK merancang membuka stesen minyak di satu lagi tapak baru.

PPK juga akan memperkenalkan skim insuran dan tabung khariat kematian di kalangan lebih 3,000 ahlinya.





Pengarah PPN Perak, encik Hamzah Bahari ketika merasmikan mesyuarat agun PPK Batu Kurau mengumumkan bintang diatas prestasi cermelang PPK Batu Kurau.

PPK dibawah kepimpinan Dr Raja Ahmad Zainuddin tidak pernah dltegur oleh pihak audit negeri, katanya.

Di majlis itu Dr Raja Ahmad Zainuddin menerima sumbangan rm 21,000 daripada pertubuhan peladang kebangsaan (NAFAS) dan PPN negeri.

7 June 2014

Kebakaran


Pengerusi pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar melawat mangsa kebakaran, Ustaz Rahim Ahmad di Ulu Sepetang.

 






Rumah Ustaz Rahim yang juga timbalan ketua unit Peladang Ulu Sepetang terbakar hangus dalam kebakaran subuh tadi.

Tiga buah kenderaan milik Ustaz Rahim juga hangus terbakar.

Ustaz Rahim yang juga Imam masjid dan ketua kampung Ulu Sepetang, bagaimanapun bersyukur kerana tiada kemelangan berlaku.

Beliau yang mempunyai seorang isteri dan enam anak sempat menyelamatkan diri ketika kebarakan berlaku.





Dr Raja Ahmad Zainuddin menyampaikan bantuan kilat kepada Ustaz Rahim di tempat kejadian.

Beliau yang simpati dengan Ustaz Rahim menyeru yayasan bina upaya (YBU) memberi bantuan membina semula rumah Ustaz Rahim.

Ustaz Rahim yang tinggal sepinggang kini menumpang rumah orang tuanya dekat sekolah menengah agama rakyat Subaniah Batu Kurau buat sementara waktu.

Katanya kerugian kira-kira rm 100,000 dan laporan polis telah dibuat.

Jabatan kebajikan masyarakat juga telah dimaklumkan.

Kenduri


Ahli lembaga pengarah pertubuhan negeri (LPP), Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar meluangkan masa menghadiri majlis kenduri kahwin anak perempuan kawan sekolahnya di Matang Gerdu, jalan Kuala Kurau, Bagan Serai.

Hajanan Bin Awang adalah juga pegawai khas bekas ahli dewan undangan negeri (ADUN) Selinsing, Datuk Zali Cha.

Dr Raja Ahmad Zainuddin, menemui ramai rakan sekolahnya yang kini menetap di seluruh negara.

Ini adalah  majis kenduri kahwin anak kedua Hajanan .

Didoakan semoga kedua pasangan pengantin kekal akhir hayat.