Template by:
Free Blog Templates

31 May 2012

Jalan tar









Jalan sungai Limau berdekatan Bagan Bahru dalam dewan undangan negeri (Kubu Gajah) akan dinaik taraf tidak lama lagi.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata, peruntukan sebanyak RM 20,000 telah disediakan untuk tujuan tersebut.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke jalan sepanjang sembilan rantai hari ini.

Turut hadir ketua kampung Sungai Segar, Haji Zulkifli Ahmad dan ahli-ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) Sungai Segar.

Jalan tersebut bertujuan memberi kemudahan kepada-kepada penduduk, terutama pelajar sekolah berulang alik ke sekolah berdekatan.

Beliau berharap kerja-kerja perlaksanaan projek mengikut jadual dan spesifikasi.

30 May 2012

UMNO













Orang Melayu akan berada dipersimpangan jika UMNO tidak lagi mengetuai kepimpinan Negara.

Justeru, pentingnya UMNO terus menjadi teras kepada Kerajaan bagi masa depan dan survival orang melayu.

Demikian ditegaskan oleh Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap meresmikan mesyuarat agung UMNO cawangan Kampung Repoh, dekat Batu kurau, petang tadi.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Kapt. (B) Datuk Najmuddin Elias dan Ketua UMNO cawangan Repoh, Haji Ramli Bahrin.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin meningatkan pentingnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus diberikan kepercayaan mentadbir Negeri dan Negara kerana rekod cemerlangnya selama ini dalam memperjuangkan nasib rakyat.

Kepimpinan UMNO yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semakin diterima dan disenanggi majority rakyat kerana mendahului rakyat.

Begitupun, bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke 13, belau yang juga ADUN Kubu Gajah menegaskan pentingnnya seluruh ahli UMNO mengutamakan perpaduan bagi menjamin kemenangan cemerlang BN.

Lawat












Warga emas, Salleh bin Yatim, 92 tahun yang tinggal di Kampung Sungai Jernih di Ulu Ijok, terharun diatas kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, petang tadi.

Beliau amat berterima kasih diatas keperhatinan pemimpin yang sudi melawat beliau.

Salleh kini menumpang di rumah anak perempuannya di Kampung berkenaan.

Turut hadir Ketua Kampung Sungai Jernih, Jamaluddin Mat Isa dan Ketua UMNO Cawangan Kelian Gunung, Zukifli Hussein.

Di Kampung Sungai Lempung, pula beliau melawa suami Ketua Wanita UMNO Cawangan, Mustapha bin Razali, 54 tahun yang terlibat dalam satu kemalangan jalanraya.

Lebih kurang dua minggu,beliau terlantar sakit di rumahnya selepas kemalangan tersebut.

Turut hadir Ketua Kampung Sungai Segar, Haji Zulkifli Ahmad dan Bendahari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Segar, Ahmad Shakiri Ishak.

Peladang















Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau akan mengadakan Hari terbuka peladang pada hujung bulan Jun sebagai kempen bagi menarik lebih ramai menjadi ahlinya.

Pengerusi PPK Batu Kurau, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar berkata, pada 24 Jun nanti, juga akan diadakan pameran produk tempatan hasil usaha ahli-ahlinya bagi diketengahkan hingga menembusi pasaran antarabangsa.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, berkata demikian selepas mesyuarat lembaga Pengarah PPK Batu Kurau dan juga perjumpaan dengan kesemua 22 Ketua unit Peladang dibawah naungan mereka di Bangunan Peladang Batu Kurau, pagi tadi.

Pada hari tersebuka itu juga akan diadakan pertandingan futsal di kalangan anak-anak ahli untuk menarik lebih ramai remaja menjadi ahli PPK.

Pertandingan yang diadakan di Padang Astaka Batu Kurau itu terbuka kepada semua unit PPK Batu Kurau yang perlu menghantar sekurang-kurangnnya satu pasukan merebut piala pusingan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.

Beliau menambah, PPK juga sedang mengenal pasti tanah-tanah terbiar untuk dimajukan secara berkelompok untuk tanaman Nenas bagi pasaran tempatan.

Datuk Seri Raja AhmadZainuddin berkata satu kursus mengenai tanaman kelapa sawit juga akan dianjurkan untuk ahli-ahlinya tidak lama lagi.

Kraft tangan





Pusat kraft tangan wanita dewan undangan negeri (Kubu Gajah) di Bagan bahru, berdekatan Ijok perlu mendapat sokongan semua pihak.

Pusat kraft tangan tersebut mengutamakan produk berasakan daun-daun getah.

Tanpa sokongan dan pemasaran yang luas hasil produk mereka tidak akan pergi jauh.

Demikian dinyatakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar selepas melawat bangunan pusat kraf tangan wanita Bagan Bahru, petang tadi.

Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM 10,000 bagi kerja-kerja menaik taraf bangunan tersebut.

Peruntukan tersebut bagi menambahkan beberapa kekurangan kemudahan di pusat tersebut.

Turut hadir ketua kampung Sungai Segar, Haji Zulkifli Ahmad dan bendahari jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) Sungai Segar, Ahmad Shakiri Ishak.

29 May 2012

BR1M























Rakyat di negara ini harus bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana pelbagai bantuan yang diberikan bagi menggurangkan bebanan.

Justeru, tidak adil jika masih ada mereka yang mengadakan perhimpunan untuk membuat bantahan.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melakukan apa sahaja yang terbaik umtuk rakyat termasuk tabung pinjaman pengajian tinggi (PTPN) dan bantuan voucher pelajar university.

Ali dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji omar berkata demikian dimajlis penyampaian bantuan rakyat 1 Malaysia (BR1M) di kampung Masjid, Ijok petang tadi.

Turut hadir penghulu Mukim Ijok, Mahmud Fauzi Ghazali di majlis penyampaian yang diadakan di pejabat penghulu.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga pengerusi jawatankuasa kira0kira wang (PAC) negeri Perak berkata BR1M bukan sahaja mendapat sambutan, tetapi juga disanjung dan dipuji oleh rakyat.

Beliau juga menegarkan bertapa satu kaedah terbaik digunakan dalam proses memilih penerima bantuan kerajaan bagi menggelak berlakunya pertindihan.

kita tidak mahu setiap kali ada bantuan yang diberi penerima yang sama yang tampil.