Template by:
Free Blog Templates

30 November 2010

Sidang DUN Perak 30/11

Dewan




Menteri Bear Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memberi jaminan bahawa Pekan-Pekan Kubu Gajah dan Ijok akan berwajah baru sebaik program menaik taraf dilaksanakan sepenuhnya bermula tahun depan.

Menjawab soalan tambahan ADUN Kubu Gajah di Sidang Dewan undangan Negeri (DUN) Perak yang bermula hari ini, beliau juga berkata pembangunan tanah sudah pasti berlaku dengan pesatnya dengan pelbagai pojek yang dirancangkan.

Beliau secara peribadi sememangnya serious untuk membangunkan Kubu Gajah dan Ijok kerana beliau sendiri melihat sendiri keadaan kedua-dua pekan itu dalam lawatan yang beliau lakukan tempuh hari.

Selain Kubu Gajah dan Ijok dalam DUN Kubu Gajah, pekan Batu Kurau juga turut terlibat dalam program naik taraf pekan-pekan yang kecil di perak yang telah dikenal pasti.

Ketika mengemukakan soalan Saya ingin tahu samada pembukaan Susur Keluar di Alor Pongsu akan membanu menjanakan lagi kemajuan di Kubu Gajah dan Ijok.

Saya juga turut mencadangkan pembukaan Kampus Universiti di tapak Pusat Ternakan Kambing Bore Negara di Ladang Sungai Segar/pondok Tanjung sebagai sebahagaian perancangan mengubah pembangunan di DUN Kubu Gajah.

Dalam soal lain, Saya turut meminta agar Warga Emas yang sakit diberikan pengecualian darpa mengisi borang untuk mendapatkan bantuan segera, tetapi memadai ia disahkan oleh Ketua-Ketua Kampung berkenaan sahaja.

Sementara itu dalam perkembangan lain, seorang ADUN dari Pembangkang telah diarah keluar oleh Speaker Dewan kerana mempertikaikan soalan beliau tidak dijawab dalam sesi soalan lisan.

Mentei Besar kemudian membentangkan Bajet 2011 yang akan mula dibahaskan bila sidang Dwan bersambung besok.

Sumbangan




Hujan turun dengan lebat, tetapi tidak menghalang saya memenuhi jemputan ahli-ahli kelab senamrobik Puspanita Selama, petang semalam.

Dalam kunjungan itu saya memuji kelab tersebut yang terdiri pelbagai kaum.

Kelab Puspanita Selama harus menjadi contoh kerana walaupun berada di pekan kecil, tetapi aktif menjalankan aktiviti.

Kelab senamrobik mereka mendapat sambutan termasuk dari kalangan remaja kaum Cina.

Saya menyampaikan sedikit sumbangan kepada kelab semamrobik Puspanita Selama.

Turut hadir ialah pengerusi kelab senamrobi, Sapina Ramli dan ketua UMNO cawangan Taman Merdeka, Selama, Saufi Shamsuddin.

29 November 2010

Kenduri



Menghadiri kenduri kahwin anak perempuan Faridah Binti Abu Bakar, peneroka FELDA Ijok petang tadi.

Farini Binti Samsudin, 26 tahun memilih pasanganya, Ku Aziruwaidi Bin Ku Aziz, 30 tahun.

Samsidar Farini bekerja kerani di pusat latihan khidmat negara (PLKN) manakala suaminya mengajar di sekolah kebangsaan Sultan Idris 2, FELDA Ijok.

Selamat pengantin baru semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

Tanah




Menghadiri mesyuarat jawatankuasa tanah daerah Larut,Matang dan Selama, petang ini.

Saya turut membangkitkan masalah kelewatan hak milik tanah di beberapa tempat dalam Dun Kubu Gajah.

Geran untuk tapak rumah di batu 19, Batu Kurau yang kebetulan dalam Dun Kubu Gajah juga akan disegerakan.

Pegawai daerah, Datuk Mahmud Murshdi bersetuju hak milik yang telah siap bagi kawasan Palong Tinggi, disampaikan bulan depan.

Temuduga tanah untuk Palong Tinggi peringkat dua juga akan diadakan sebelum berakhir bulan depan.

Mesyuarat diadakan di bilik mesyuarat pejabat tanah daerah Taiping.

Tindakan






Masalah tebing sungai runtuh dan hakisa di dun kubu gajah adalah diantara perkara yang saya bangkitkan di mesyuarat tindakan daerah Larut, Matang dan Selama, pagi tadi.

Mesyuarat yang dipengerusikan pegawai daerah, Datuk Mahmud Rashdi juga diberitahu supaya agensi2 terbabit seperti JPS membuat pemantauan di kawasan2 yang sering diancam banjir memandang cuaca tidak menentu dengan hujan turun dengan lebat.

Dalam mesyuarat itu juga diminta pihak JKR segera memperbaiki jalan-jalan yang sering rosak dan tanda keselamatan di simpang2 utama di Dun Kubu Gajah.

Masalah projek menjojoi di beberapa tebing sungai juga dibangkitkan.

Selain menai taraf beberapa titi gantung saya juga mencadangkan ada yang perlu diganti dengan jambatan konkrik.

Di mesyuarat itu juga diberi taklimat mengenai projek lebuhraya bertol dari Jaeapang ke selama oleh pihak syarikat terbabit.

Projek bernilai rm 3.5 billion itu juga akan melalui kubu gajah dimana satu susur keluar akan dibina

Projek itu akan membantu membangunkan tanah2 di kawasan luarbandar.

Perjumpaan


Satu perjumpaan dengan Ketua-Ketua Peti Undi di DUN Kubu Gajah, telah diadakan bagi membincangkan kepentingan Parti dan menyelesaikan masalah yang berbangkit.

Selaku Ketua UMNO Bahagian Saya telah meminta agar semua peringkat Pemmpin dan Ahli Parti sentiasa mengutamakan perpaduan parti.

Ketua-Ketua Kampung yang dipilih diharap akan terus merancangkan aktiviti yang boleh memperkukuhkan perpaduan, selain merancang program untuk kemajuan kampung.

Kenaikan elaun akana menjadi penggerak untuk mereka bekerja dengan lebih didikasi dan produktif bagi meningkatkan pembangunan di tempat masing-masing.

Saya sendiri akan sentiasa memantau dan mengadakan perjumpaan dari masa ke sema dengan Ketua-Ketua Kampung dan JKKK di DUN Kubu Gajah.

Perjumpaan itu turut dihadiri Ketua-Ketua UMNO Cawangan dan Ketua-ketua Kampung.

28 November 2010

Takraw




Regu Selama A muncul Johan Kejohanan Sepak Takraw Piala Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar anjran Pemuda UMNO Cawangan Kubu Gajah, petang tadi.

Regu tersebut mengalahkan Regu Selama B di final dengan keputusan 21-14, 18-21 dan 15-13 dan menerima hadiah wangtunai RM 300 manakala naib johan mendapat hadiah RM 200 dan sebuah tropi.

Saya turut menyampaikan hadiah-hadiah kepada regu Taman Merdeka, Selama selaku pemenang ketiga dan regu Batu Kurau di tempat kempat yang masing-masing menerima hadiah wangtunai RM 100.

Sebanyak 19 regu dari DUN-DUN Kubu Gajah, Selama dan Batu Kurau mengambil bahagian dalam kejohanan kalah mati yang pertama kali dianjurkan itu.

Kenduri



Jika semalam Saya ke rumah kenduri kahwin pengantin perempuan, tetapi hari ini ke rumah pengantin lelaki pula yang kebetulan pasangan tersebut bertemu jodoh mereka dalam DUN Kubu Gajah.

Tengahari tadi, Saya bersama isteri menghadiri majlis perkahwinan, Yusri bin Safian, 23 tahun di Rancangan Tanah Belia Khas (RTBK) Pondok Tanjong. Semalam berlangsung majlis di rumah pengantin perempuan, Roshanizah bint Amzah, juga 23 tahun.

Tahniah di ucapkan , semoga perkahwinan mereka hingga ke akhir hayat.

Rakyat


























Program membangun dan memajukan DUN Kubu Gajah akan diteruskan, dengan Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sendiri mahu melihat Pekan Kubu Gajah dan Ijok bertukar wajah menjadi diantara bandar yang berubah dengan arus kemajuan sekarang.

Saya memberitahu satu majlis jamuan rakyat tenghari tadi tanda-tanda DUN Kubu Gajah akan terus membangun ialah pembukaan beberapa projek jalan baru seperti dari Kamung Mesjid, Teras ke Ulu Mengkuang dan Sungai Dendang ke Selama.

Rancangan membuka tapak industri juga menjadi keutamaan saya, selain sebuah Kampus Universiti dan Kolej.

Pusat Khidmat DUN Kubu Gajah mengadakan majlis tersebut sebagai tanda sykur dan terima kasih keapda Kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana memberi perhatian kepada pembangunan dan kemajuan DUN tersebut.

Kempen untuk menarik lebih ramai orang datang ke DUN Kubu Gajah juga turut dirancangkan. Beberapa tempat menarik juga telah dikenalpasti untuk tujuan pembinaan gerai-gerai bagi tujuan menjual barangan produk penduduk tempatan.

Lebih 1,000 orang membanjiri perkarangan Pusat Khidmat DUN Kubu Gajah termasuk mantan ADUN Selama, Haji Mohd Kassim Mahmud dan Adun Batu Kurau, Haji Abdul Manan Mohd Ali, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd Annuar Ariffin, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Sawfiah Yahya dan Pemimpin-peimpin Parti Komponen BN.

Di majlis itu juga disampaikan sumbangan BAIDURi kepada Warga Emas, lelaki dan Wanita termasuk kalangan Masyarakat Cina dan India.

Turut disampaikan ialah tiga buah kiosk kepada Abdul Rahim bin Mat Nor, 50 tahun yang menjual buah di pekan Kubu Gajah, Abdul Razak bin Ibrahim, 53 tahun seorang OKU menjual Mee Rebus dan Nasi Lemak di kampung Mesjid, ijok dan Khairi bin Harun, 41 tahun menjual rojak buah di Tebing Tinggi.

Seramai 41 orang pelajar cemerlang peperiksaan UPSR turut menerima sumbangan di majlis tersebut, beg sekolah kepada pelajar-Pelajar miskin di DUN Kubu Gajah.

Selain pertunjukan Tomoi oleh kanak-kanak, turut dipersembahkan ialah nyanyian bakat baru Artis tempatan.

27 November 2010

Kahwin











Meluangkan masa sehari suntuk, hari ini menghadiri kenduri kahwin di sekitar DUN Kubu Gajah, DUN Selama dan DUN Batu kurau.

Di Kampung Tebing tinggi di rumah Haji Harun bin Samad yang melangsungkan perkahwinan anak perempuannya, Atikah, 26 tahun dengan Norsham bin Osman, juga 26 tahun.

Atikah adalah juga adik kepada bekas ketua Pemuda UMNO Cawangan Tebing Tinggi, Khairi Haji Harun. Di majlis itu, Saya telah menamui ramai rakan lama yang kini berhijrah ke tempat lain.

Kemudian, Saya ke rumah Kontrektor, Amzah bin Yahya di Kubu Gajah yang melangsungkan perkahwinn anak perempuan sulungnya, Roshanizah, 23 tahun dengan pasangannya Yusri bin Shafian, 23 tahun.

Turut mengadakan majlis kenduri kahwin ialah Ketua UMNO Cawangan Bukit Bertam, Mohd Hafis. Anak perempuan beliau, Siti Hajar, 28 tahun yang mendirikan rumahtagga dengan pasangannya, Azrul Fahami, 28 tahun.

Di Kampung Mesjid, Ijok pula majlis kenduri kahwin anak lelaki, Abdul Rahman bin Che Mat iaitu Junaidi, 21 tahun yang melangsungkan perkahwinannya dengan Mardiah binri Ulul Azemi, 21 tahun.

Di Kampung Pantai Besar, Baha bin Kecil, melangsungkan perkahwinan dua orang anak perempuannya serentak. mereka ialah, Zuraini dengan pasangannya Abdul Jalil bin Mohd Nor dan Nurul Ayani dengan Mohd Rizal.

Saya juga menghadiri majlis kenduri kahwin anak Ketua UMNO Cawangan Bawah Gunung, Kampung Perak, Ustaz Shahidan bin Desa. Anak perempua beliau, Shafawati dengan pasangannya, Habibullah bin Zakaria.

Pada penghujungnya, Saya cuma sempat menghadiri majlis kenduri kahwin anak perempuan sepupu Saya, Raja Ahmad Shah bin Raja Abdul Rahman di Pekan Taiping.

Anak saudara Saya itu, Raja Nur Sabrina melangsungkan perkahwinannya dengan Muhamad Noridham bin Nordin.

Tahniah Saya ucapkan kepada pasangan-pasangan yang telah bertemu jodoh mereka dengan doa semoga ianya berkekalan hingga ke akhir hayat.

Longkang




Meninjau kerja-kerja membina projek longkang-longkang baru di tepi jalanraya di kawasan perkampungan Bagan Bahru yang dapat mencegah masalahan banjir.

Projek yang dianggarkab RM 135,000 dan sepanjang 300 meter diharap dilaksanakan mengikut spekfikasi Jabatan berkenaan, walupun ia baru siap.

Saya juga berharap longkang-longkang yang sering tersumbat dan menjadi punca berlakunya banjir dan di kawasan yang masih beleum ada lagi saliran agar pihak yang berkenaan bertindak mengadakan perlaksanaan seberapa segera, terutama musim hujan sejak akhir-akhir ini.

JKKK dalam DUN Kubu Gajah juga diharap bertindak segera memantau kawasan masing-masing sebagai persediaan menghadapi ancaman banjir.

Mereka boleh merancang menubuhkan pasukan penyelamat di setaip kampung untuk menghadapi sebarang kemungkinab memandangkan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini yang sering hujan.

JPS dan JKR serta Jabatan-Jabatan berkenan juga diharap membuat pemantauan keatas kawsan-kawsan yang telah dikenalpasti sering tenggelam dan berlaku perpindahan.

Peneroka-johan














Walaupun huja turun agak lebat, tetapi tidak menghalang Saya melawat dua projek milik peneroka FELDA, Ijok yang telah menaikan nama rancangan tanah tersebut serta DUN Kubu Gajah kerana muncul sebagai Johan Bumi Hijau peringkt Kebangsan.

Peneroka berkenaan, Jamaluddin Zakaria, 60 tahun muncul Johan peringkat Negeri dan Kebangsaan. Beliau telah menggunakan sepenuhnya kawasan rumahnya dengan pelbagai tanaman termasuk herba dan pelbagaui sayur-sayuran.

Saya amat tertarik dengan usaha gigih beliau itu dan berharap menjadi contoh kepada peneroka lain terutamnya, para remaja agar menceburkan diri dalam bidang pertanian kerana ia boleh mendatangkan pendapatan tambahan.

Dengan ini juga ia boleh menggalakan rakyat kita berdikari den berjimat cermat. Lama-kelamaan kita tidak lagi perlu beergantung segala-galanya dari bahan yang diimpot.

Sementara itu, Abdul Rahman bin Alwi,61 tahun yang juga peserta FELDA, Ijok yang muncul Johan peringkat Daerah Larut, Matang dan Selama dan Naib Johan peringkat Negeri, menceritakan beliau telah bertahun menjua sayur Sawi yang ditanamnya dengan pendapatan sekitar RM 200 ke RM 300 sehari.

Saya juga tertarik dengan tanaman sayur-sayuran yand diusahakan beliau yang turut berjaya membesarkan anak-anak hingga ke peringkat tinggi.

Saya sendiri akan memberi insentif diatas kejayaan kedua-dua peneroka itu melalui JKKK FELDA,Ijok yang juga merupakan teras kepada kejayaan peneroka di situ.