Template by:
Free Blog Templates

24 February 2008

Hari Penamaan Calon



Calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Larut berkumpul sebelum menunju ke pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Kecil Selama.

23 February 2008

Internet Wadah Kempen DUN Kubu Gajah

Sepanjang tempoh kempen pilihan raya, saya memilih untuk menyalurkan maklumat dan program kempen melalui blog saya untuk dilawati oleh para pengundi khususnya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Kubu Gajah.

Melalui blog ini, semua program dan acara yang berlansgung sepanjang tempoh kempen akan disiarkan secara tepat dan pantas bagi membolehkan masyarakat mengikuti perkembangan kempen Barisan Nasional.

Selain itu, melalui blog ini juga masyarakat akan dapat mengikuti perkembangan semasa yang berlaku dalam tanah air khususnya di DUN Kubu Gajah.

Blog ini juga akan menyiarkan kenyataan para pemimpin negara mengenai isu-isu pembangunan negara dan negeri bagi membolehkan masyarakat mendapat maklumat yang tepat dan tidak dikelirukan dengan dakyah dan propaganda pembangkang.

Sebagai usaha tambahan, saya akan melancarkan Warung Internet dengan menempatkan komputer dan akses percuma kepada masyarakat untuk melayari internet di kedai-kedai makan di sekitar kawasan DUN Gajah.

Kepada para pengundi saya berharap, agar menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada 8 Mac 2008 nanti dengan memilih calon-calon Barisan Nasional demi untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sesungguhnya BN menjanjikan Malaysia yang Selamat Aman Makmur.